Thursday, March 4, 2010

LINUS

Maklumat Terbaru

Khamis, 04 Mac 2010 08:34
Assalamualaikum wbt / Salam 1 Malaysia,

Kepada semua Sekolah Rendah / guru LINUS yang berkenaan,

Memandangkan Web-Base Data Saringan 1 belum lagi ditaklimatkan oleh pihak KPM, maka berikut dilampirkan Borang Rumusan Data Saringan 1 LINUS yang juga boleh didapati dari PPD masing-masing (u/p : Pen. PPD Bahasa dan Pen. PPD Sc&Math). Borang ini merujuk kepada keseluruhan bilangan murid menguasai konstruk-konstruk untuk membahagikan mereka sama ada Murid LINUS Biasa, Murid LINUS Tegar atau Murid Aliran Perdana. Maklumat ini perlu dirumus/dilengkapkan dan dihantar ke PPD masing-masing selewat-lewatnya 9 Mac 2010.
Seterusnya, pihak PPD akan menggabungkan semua Data Rumusan Saringan 1 sekolah-sekolah bagi daerah masing-masing untuk dilaporkan dalam Mesyuarat bersama pihak KPM dalam masa terdekat ini.
Justeru dipohon kerjasama sekolah supaya dapat mematuhi tarikh yang telah dinyatakan.

Sila klik disini untuk muat turun Borang Rumusan Data Saringan 1 LINUS (Literasi dan Numerasi) untuk tindakan pihak tuan.

Kerjasama pihak tuan dalam menjayakan dasar KPM diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Nor Hisham Bin Fahmi
Pen. Pengarah Kurikulum (Matematik)
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Perak.
4.3.2010

No comments:

Post a Comment