Wednesday, October 27, 2010

KARNIVAL ICT HILIR PERAK

Kepada semua Pengetua, Guru Besar, Guru & Murid Seluruh Daerah Hilir PerakPejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak bersama-sama dengan Pusat Kegiatan Guru Hilir Perak dan Fasilitator Schoolnet akan mengadakan Karnival ICT 2010 pada 13 November 2010 (Sabtu) bertempat di SK Khir Johari. Karnival ini diadakan bertujuan:• Membudayakan ICT kepada semua peringkat masyarakat.• Merapatkan jurang digital dikawasan bandar dan luar bandar.• Mendedahkan murid-murid penggunaan ICT dalam pendidikan seterusnya dapat menguasai teknologi ICT.Karnival ICT bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Antara pengisian program adalah seperti berikut:i. Seminar Pembestarian Sekolah kepada Penolong Kanan.ii. Seminar Ancaman Siber Masakini kepada Penolong Kananiii. Pertandingan ICTa. Education Online Mathematics & Science (terhad)b. Pertandingan Mewarna berasaskan ICT (terhad)c. Persembahan Pertandingan Penghasilan “Movie Maker” Peringkat Sekolah Menengah. (terbuka dan berkumpulan) d. Persembahan Pertandingan Penghasilan “Microsoft Power Point” Peringkat Sekolah Rendah. (terbuka dan berkumpulan)e. Persembahan Pertandingan Penghasilan “Video Korporat Sekolah” Peringkat Guru (terbuka kepada semua guru Daerah Hilir Perak dan penyertaan secara individu.)iv. Bengkel ICT di jalankan oleh PKG Daerah Hilir Perak bersama Fasilitator Schoolnet Daerah Hilir Perak.v. Pameran ICTa. Pemasangan dan Penyelenggaraan komputerb. Briged Bestari daripada SMK.Sains bersama SMK Seri Perakc. GITNd. TMNet e. ASTROf. CelcomPihak penganjur ada menyediakan hadiah-hadiah istimewa dan sijil kepada pemenang bagi setiap pertandingan. Bagi setiap penyertaan pertandingan pada hari karnival akan diberi sijil penyertaan.Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung Pusat Kegiatan Guru masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pertandingan-pertandingan. Borang penyertaan dan syarat-syarat pertandingan boleh dimuat turun disini

No comments:

Post a Comment