Thursday, July 28, 2011

Selamat Datang

Pada Tahun 2011, SK Sungai Pergam sangat berbahagia kerana menerima 3 orang guru yang sangat istimewa. Pertama, seorang Guru Besar yang berpengalaman iaitu Cikgu Ahmad bin Osman. Beliau sangat berpengalaman dan sangat sesuai menjadi Guru Besar iaitu pemimpan yang baik dan beriltizam. Kedua, SKSP juga menerima seorang guru segar dari IPG iaitu cikgu Shizan binti Ibrahim. Beliau seorang guru yang berdedikasi. Ketiga, SKSP menerima seorang guru yang bertukar masuk iaitu cikgu Rohaya binti Abdullah. Tahniah diucapkan. Semoga SKSP akan terus cemerlang. SKSP juga turut melankolik apabila terpaksa mengucapkan selamat jalan buat cikgu Suhaila yang berpindah ke Ipoh. Semoga beliau lebih bersemangat di sekolah baharu.

No comments:

Post a Comment