Sunday, June 13, 2010

Cetusan Rasa

Musim cuti tiba lagi. Kepada murid-murid yang akan menghadapi UPSR, cuti sebenarnya satu ruang untuk mengukuhkan ingatan dan pemahaman pelajaran. Masa berlalu terlalu pantas. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita. Masa juga ialah makhluq ciptaan Allah yang selalu dilalaikan oleh manusia. Kepada guru yang bercuti, tingkatkanlah ilmu dan amalan. Guru ialah insan pilihan. Jangan sia-siakan anugerah itu. Guru yang telah ditetapkan untuk bertugas pada masa cuit pula, jangan culas. Semoga rezeqi guru-guru berkat. Sesungguhnya cuti ini memberi peluang guru-guru bersama keluarga. Berilah contoh terbaik kepada orang lain bahawa keluarga guru juga boleh berjaya. Kadang kala guru-guru sibuk dengan murid-murid sehingga anak sendiri terabai. Terabai bukan setakat akademik malah terabai dari segi rohaninya. Jangan sampai anak guru tidak tahu membaca al-quran dan bersembahyang dengan betul. Malu. Kepada murid-murid, cuti bukan cuti semuanya. Kelas tambahan perlu dihadiri. Rajin berusaha. Ulat bulu panjat pokok durian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Harus diingat, perjuangan belum selesai. Jalan bukan ke belakang tetapi ke depan. Masih banyak cabaran di hadapan. Ayuh maju!

No comments:

Post a Comment