Monday, July 5, 2010
Makluman PPD Dilir Perak
KUTIPAN DATA SPPICTS BILANGAN 2/2010
Perhatian kepada semua Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT:
Sukacitanya dimaklumkan bahawa kutipan data kali kedua dengan menggunakan aplikasi Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) secara online sedang dilaksanakan bermula pada 20 Jun hingga 09 Julai 2010.
KUTIPAN PERDANA DATA EMIS 30 JUN 2010
Semua Guru Data Hilir Perak;
Berdasarkan pengumuman penting Portal EMIS Online, kerjasama semua Guru Data dipohon agar dapat mengemaskini data-data EMIS Online selewat-lewatnya 30 Jun 2010. Pihak JPN dan PPD akan melakukan proses verifikasi pada 1 - 11 Julai 2010.
KEMASKINI JADUAL WAKTU PERIBADI - EMiS ONLINE
Semua Pengetua/Guru Besar/PK/GK dan Guru Negeri Perak
Kerjasama pihak tuan dipohon agar dapat kemaskini maklumat Jadual Waktu Peribadi (1 Minggu) dalam portal EMIS Online Sebelum 20 JUN 2010.
Sila ambil tindakan berikut;
1. Semak SENDIRI maklumat berkaitan perkara di atas dengan Login Guru menggunakan No KP Utama dalam EMIS Online (http://apps.moe.gov.my)
2. Sebarang perubahan hendaklah dicetak, dicatat guna pena warna MERAH dan dimaklumkan kepada Guru Data. Hanya Guru Data boleh kemaskini data online. (Untuk mengelakkan pertambahan ralat)
Baca Lagi...
KUTIPAN DATA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)
KEPADA,
SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR.
Dimaklumkan tarikh hantar Data LDP sekolah ke PPD ialah SEBELUM ATAU PADA 2 JULAI 2010 menggunakan borang khas ia itu Lampiran A-1 dan Lampiran A-2 yang boleh dimuat turun melalui portal PPD Hilir Perak (Borang tersebut borang yang sama seperti kutipan data kali pertama tempohari). Borang tersebut boleh juga dikembalikan secara e-mail ke ladaphilirperak@yahoo.com Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya .
Baca Lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment