Thursday, August 12, 2010

Kursus Facebook dan e-GTukar


SK Sungai Pergam telah menganjurkan satu kursus, dua dalam satu, iaitu Facebook dan e-GTukar. Kursus selama 4 jam ini dikendalikan oleh dua orang guru pakar iaitu Cikgu Nor Haslina binti Mohd Ariff sebagai fasilitator kursus Facebook dan Cikgu Mohd Salehin sebagai Fasilitator e-GTukar. Kursus yang dihadiri oleh 8 orang guru dan 2 orang staff bukan guru itu sangat memberangsangkan dan mendapat pujian daripada guru besar iaitu Cikgu Hambali bin Bahari. Kursus Bijak Facebook ini merangkumi cara mendaftar, cara mencari rakan, cara mengubah profil diri, cara memuat naik gambar dan sebagainya. Kursus e-GTukar pula merangkumi cara mengedit data, cara mengisi borang dan lain-lain. Secara keseluruhannya, kursus ini dapat menjadikan staff sekolah lebih berminat dengan ICT dan maju dalam bidang pengkomputeran. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment