Thursday, August 12, 2010

Pemergian En. Mohd Khafizin bin Basiran

Pada Hari Selasa, bersamaan dengan 10/08/2010, seorang bekas murid sekolah ini iaitu Mohd Khafizin bin Basiran telah menemui Allah sehari sebelum menyambut Ramadhan. Beliau yang berusia 21 tahun dan masih bujang , tinggal bersama ibu dan bapanya. Beliau menghembuskan nafas terakhir setelah terlibat dengan kemalangan di kebun bapanya sebelum Zohor pada hari tersebut. Kemalangan yang melibatkan jentera kubota itu terjadi ketika Allahyarham sedang cuba melepaskan jentera tersebut daripada terbenam di tanah. Mayat beliau diriba oleh ibunya setelah berjaya dikeluarkan oleh 10 orang penduduk kampung. Pihak Polis meminta mayat tersebut dibawa ke hospital untuk siasatan lanjut. Setelah dibawa semula ke rumah dari hospital, mayat tersebut diuruskan seperti biasa dan dikebumikan pada hari Rabu bersamaan 11/08/2010 pada jam 11:00 pagi. Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya.

No comments:

Post a Comment