Wednesday, December 8, 2010

Ketua Pengarah Baru

KETUA PENGARAH PELAJARAN YANG BARU PDF Cetak E-mail
Selasa, 07 Disember 2010 03:56
dato_ghafar
Pengarah Institut Aminuddin Baki Datuk Abdul Ghafar Mahmud telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baru bagi menggantikan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang bersara wajib pada 4 November 2010 yang lalu.

Y.Bhg. Dato Abd Ghafar bin Mahmud berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang pendidikan dari Universiti of East Aglia, Norwich, United Kingdom serta pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya.

Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai pegawai perkhidmatan pelajaran pada 1 Mei 1977.

Sepanjang perkhidmatannya di Kementerian Pelajaran, Dato Abd. Ghafar memegang pelbagai jawatan antaranya sebagai Pengarah Institut Aminuddin Baki sejak tahun lepas, Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti pada 2008 dan Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum pada 2007.

Di samping itu, beliau juga pernah menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah, Unit Berasrama Penuh serta Ketua Penolong Pengarah, Unit Perancang dan Pembangunan, Bahagian Sekolah pada 2001.

No comments:

Post a Comment