Thursday, December 30, 2010

TAHNIAH! MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI AFF PDF Cetak E-mail
Khamis, 30 Disember 2010 01:07

JUARA_AFF_SUZUKI

Tahniah buat pasukan Harimau Malaya kerana menjuarai Piala Suzuki AFF 2010. Malaysia adalah negara keempat di rantau ini yang berjaya menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas Thailand, Singapura dan Vietnam.

MAKLUMAN UNTUK BAHAN PRASEKOLAH 2011 PDF Cetak E-mail
Rabu, 29 Disember 2010 02:22
Kepada semua Guru Prasekolah,
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak.
Rancangan Pelajaran Harian (RPH) terbaru bagi SK, SJKC dan SJKT serta Pendidikan Islam boleh dimuat turun melalui portal ini DISINI atau melalui Laman Facebook Team Prasekolah Hilir Perak. Terima kasih.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Hjh. Anita Salmi bt. Yang Ghazali di talian 017 4819181
PANDUAN PENGURUSAN SUKAN 2011 PPD HILIR PERAK PDF Cetak E-mail
Selasa, 28 Disember 2010 09:00

Semua Pegetua dan Guru Besar

Panduan pengurusan sukan 2011 bagi Pejabat Pelajaran daerah Hilir Perak boleh dimuat turun DISINI untuk makluman dan tindakan tuan

Sekian, terima kasih

BUKU REKOD MENGAJAR PRASEKOLAH 2011 PDF Cetak E-mail
Selasa, 28 Disember 2010 08:49

Kepada semua Guru Besar Program Prasekolah,
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak.

Tuan-tuan dipohon untuk mengambil Buku Rekod Mengajar (BRM) Prasekolah mengikut bilangan guru prasekolah masing-masing (bagi edaran pertama) di SK. Dato Yahya Subban, Chenderong Balai mulai 28 Disember 2010 pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Harga bagi satu set BRM ialah RM28.00 sahaja. (Dua puluh lapan ringgit sahaja). Pembayaran bolehlah dibuat semasa pengambilan BRM edaran kedua pada masa dan tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Hjh. Anita Salmi bt. Yang Ghazali di talian 017 4819181.

PENCAPAIAN PMR HILIR PERAK 2010 PDF Cetak E-mail
Sabtu, 25 Disember 2010 11:50

Kepada semua Pengetua Daerah Hilir Perak.

Analisa PMR 2010 boleh dimuat turun DISINI. Ini adalah seperti yag dibentangkan semasa penyerahan slip keputusan peperiksaan di PPD Khamis lalu.

Sekian, harap maklum

No comments:

Post a Comment